Wednesday, April 10, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 pada 8-April-2019


Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 pada 8-April-2019

Full video here https://youtu.be/ZkLUx7Xb8ok

Saya bangun untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.

Tuan Speaker,

Saya mendengar ucapan Timbalan Menteri Kewangan dengan teliti dan perkara pokok ialah menlevikan cukai perhidmatan ke atas perkhidmatan digital.

Perkembangan ekonomi digital telah membawa kepada kebaikan yang begitu baik kepada semua tetapi pada masa yang sama merupakan cabaran kepada sistem cukai korporat antarabangsa.

Tuan Speaker,

Revolusi Digital telah memberikan peluang yang besar dan menawarkan pilihan kepada pengguna kepada perniagaan dan orang perseorangan.

Walau bagaimanapun,  amalan antarabangsa berkenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital belum mantap. Singapura dan United Kingdom telah mengumumkan hasrat memperkenalkan cukai digital bermulai tahun 2020.

Dari segi kutipan hasil, ia memang akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada negara

Tuan Speaker,

Perkhidmatan digital ini mempunyai skop yang luas dan merangkumi software, music, video, digital advertising dan cukai digital yang dicadangkan akan dikenakan ke atas pemberi perkhidmatan asing.  

Apa yang mernarik perhatian saya ialah pemakaian di luar wilayah.

Saya memahami tujuan pindaan ini ialah untuk leveling the playing field antara kedai fizikal dan kedai online dan juga antara local service provider dan foreign service provider.

Contoh-contoh digital service seperti Steam (platform digital game), Spotify (platform music online), Netflix (platform video online) akan dikenakan cukai digital ini.

Tuan Speaker,

Saya menjangkakan 2 cabaran yang bakal dihadapi dari segi kutipan cukai digital.

Cabaran 1: Website yang menawarkan perkhidmatan yang tidak memenuni polisi awam antara lain tidak bermoral dan perjudian. Persoalannya: Bagaimana website sebegitu dapat dikenakan dan dikutip cukai perkhidmatan.

Cabaran 2: Dalam market Business to Consumer (B2C) ini, saya melihat bakal menghadapi cabaran penguatkuasaan atas kegagalan kutipan cukai. 

Saya merujuk kepada seksyen 56A(5) Rang Undang-undang yang menggariskan punitive action ke atas kegagalan pembayaran cukai iaitu termasuk pemenjaraan dan denda. Bagaimana hukuman dapat dikenakan ke atas perniagaan dan perseorangan di luar wilayah?

Samada terdapat seksyen yang memberi kuasa kepada authority untuk blocking website yang gagal membayar cukai digital?

Tuan Speaker,

Saya juga ingin mendapat status terkini tentang Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang sebelum ini diumumkan di Aeropolis, KLIA untuk mewujudkan satu regional gateway untuk electronic commerce dan saya ingin mengetahui samada DFTZ ini akan dikenakan cukai digital.

Saya mencadangkan supaya kita boleh merujuk kepada contoh-contoh negara-negara yang berjaya melaksanakan kutipan cukai digital dan kita memperbetulkan along the way. Ini kerana memang ia akan mendatangkan pulangan hasil yang banyak kepada negara, satu usaha inovatif untuk mencari hasil baharu dengan mengenakan cukai digital kepada foreign service provider dan kita perlu mencari ikhtiar untuk mengatasi cabaran-cabaran yang sebut tadi. 
---------------

No comments: